Posts

Lagu TKRS

Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan ilmu, iman dan amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan chorus : Remaja, sahutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang, remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayatilah budaya Ilmu, iman dan amal Kekalkan di hati, dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Organisasi TKRS

Pengerusi                                          : Mohd Nur Nasruddin bin Mazlan Naib Pengerusi                                 : Saiful Rizal bin Osman Setiausaha                                        : Mashaliyana bt  Hussin P. Setiausaha                                    : Mohd Adam Hakimi bin Mohd Khairul Fazli Bendahari...

Organisasi Jabatan

Pengetua / Guru Besar                       : En Nordin bin Shaafie (Komandan TKRS) Penolong Kanan Kokurikulum         : Pn Azlina bt Ibrahim (Timbalan Komandan TKRS) Guru Penyelaras                                 :  Pengerusi                                           : Abdul Habib bin Hj Abdul Rahim Naib Pengerusi                                  : Pn Siti Jamilah bt Ahmed Setiausaha           ...

Misi dan Visi

Misi dan  visi KRS Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak muliah, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat  wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan wawasan 2020.

Motto

Cogan Kata KRS " ILMU IMAN AMAL" ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

Logo dan Bendera

Image
PENGERTIAN LOGO Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.  Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.  Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.  Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.  Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.  Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian. Pengertian Bendera Warna Hijau melambangkan:   Tunas muda/remaja yang masih boleh...

Kandungan 1

Matlamat  Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020 OBJEKTIF 1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 3. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. 4.  Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi  kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. 5. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.