Posts

Showing posts from March, 2018

Motto

Cogan Kata KRS " ILMU IMAN AMAL" ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

Logo dan Bendera

Image
PENGERTIAN LOGO Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.  Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.  Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.  Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.  Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.  Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian. Pengertian Bendera Warna Hijau melambangkan:   Tunas muda/remaja yang masih boleh...

Kandungan 1

Matlamat  Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020 OBJEKTIF 1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 3. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. 4.  Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi  kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. 5. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

Kandungan

1.Biodata diri - gambar, nama, kelas, tarikh lahir, pangkat/jawatan, unit beruniform, alamat, no tel ibu bapa, kumpulan darah. 2.Misi dan Visi sekolah 3.Struktur Organisasi sekolah 4.Matlamat KRS 5.Objektif KRS 6.Logo 7.Keterangan logo 8.Bendera KRS 9.Keterangan bendera 10.Lagu SYABAB 11.Lagu KRS 12.Moto/Cogan kata 13.Ikrar KRS 14.Organisasi Jabatan(guru) 15.Organisasi Murid 16.Organisasi KRS 17.Jadual latihan 18.Catatan kehadiran peribadi 19.Perjumpaan